MENJELANG HARI WUQUF 2021/1442H

JADUAL PENERBANGAN HAJI PERGI BALIK





INFORMASI HAJI 1442H/2021M

TARIKH-TARIKH PENTING


FASA PERKARA TARIKH HIJRI
TARIKH MILADI
HARI
FASA 1
Penerbangan pergi pertama 1 Zulkaedah 1442H 12 Jun 2021 jumaat
FASA Penerbangan pergi terakhir 4 Zulhijjah 1442H 14 Julai 2021 RABU
WUKUF Tarikh Wukuf 9 Zulhijjah 1442H 19 Julai 2021 ISNIN
FASA 2
Penerbangan balik pertama 18 Zulhijjah 1442H 28 Julai 2021 RABU
FASA Penerbangan balik terakhir 15 Muharram 1443H 23 Ogos 2021 ISNIN

Program Terkini



Tokoh Ulama

Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Al-Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy

Secara ringkas biodata Tuan Guru Mursyid :-

Al-'Alim Al-'Allamah Al-'Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Al-Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy . Tuan guru dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha’ dalam sebuah keluarga yang merupakan penduduk jati dan asal Damsyik. Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun. 

Tuan guru menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Hasilnya, tuan guru mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu. Ijazah yang paling 
besar ialah Ijazah daripada yang mulia bapanya, Ijazah daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-‘allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri ‘Aabidiin, Ijazah daripada sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulamak al-marhum asy-syed asy-syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, dan Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh ‘Alwi ‘Abbas Al-Malikiyy (Bapa kepada AL Marhum Syeikh Mohamed Malki / Ahmad Maliki) Al-'Alim Al-'Allamah Al-„Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy merupakan salah seorang Anggota Tetap dan Setiausaha Agung Akademi Feqah Islam Antarabangsa (berpusat di Jedah), Presiden Akademi Ilmu Syria dan Rektor Universiti Pengajian Islam dan Arab, Syria.

Antara ulamak yang mengambil ijazah sanad daripada tuan guru adalah Ramai daripada ulamak-ulamak agung dunia yang berIjazah (mengambil Ijazah) daripada al-fadhil Syeikh, antaranya Syeikh Ahmad Al-Khaleliyy (Mufti Kesultanan Oman), Syeikh Profesor Dr. Bakar bin Abdulullah Abu Zaid (Presiden Akademi Feqah Islam Antarabangsa di Jeddah dan Timbalan Menteri Kehakiman Saudi), Syeikh Profesor Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti, Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih (Ketua Syeikh Ulamak Qiraat di Syam), Syeikh Profesor Dr. Muhammad bin Jum’ah As-Salim  (Timbalan Menteri 1 Hal Ehwal Islam dan Wakaf di Abu Dhabi, Emiriah Arab), Syeikh Abdul Hamid bin Bakil (Kadi Besar Brunei), Syeikh Dr. Dalil Abu Bakr (Dekan Maahad Islam Masjid Paris, dan Dekan Universiti Paris), Sheikh Professor Dr. Wahbah Al Zuhaily (Syria) Tuan Guru merupakan pemimpin Al-Madrasah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah. Tuan Guru merupakan Ulamak Ahli Sunnah Wal jama’ah, yang bermazhab Hanafi dan bertariqah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah. Al-fadhil Syeikh juga boleh mengIjazahkan semua jenis tariqah yang mu’tabar, termasuk 40 yang utama dan pecahan-pecahannya.

Surau Dibawah Jajahan Takluk Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah



Belajar Buat Duit e-Bay