MENJELANG HARI WUQUF 2021/1442H

JADUAL PENERBANGAN HAJI PERGI BALIK





INFORMASI HAJI 1442H/2021M

TARIKH-TARIKH PENTING


FASA PERKARA TARIKH HIJRI
TARIKH MILADI
HARI
FASA 1
Penerbangan pergi pertama 1 Zulkaedah 1442H 12 Jun 2021 jumaat
FASA Penerbangan pergi terakhir 4 Zulhijjah 1442H 14 Julai 2021 RABU
WUKUF Tarikh Wukuf 9 Zulhijjah 1442H 19 Julai 2021 ISNIN
FASA 2
Penerbangan balik pertama 18 Zulhijjah 1442H 28 Julai 2021 RABU
FASA Penerbangan balik terakhir 15 Muharram 1443H 23 Ogos 2021 ISNIN

Program Terkini



Ini 8 Perkara Anda Wajib Tahu

Ramai Tak Tahu Tabung Haji Dah Tak Guna Buku Akaun, Ini 8 Perkara Anda Wajib Tahu

Haji adalah satu daripada rukum Islam yang kelima. Kita diwajibkan untuk menunaikan Haji sekurang-kurangnya sekali dalam hidup jika mampu untuk menunaikannya. Semua orang tahu, ia merupakan satu perbuatan umat Islam memulakan pada hari-hari yang diberikan untuk mendekatkan lagi diri dengan Allah SWT.

Tetapi, jika ada sesetengah orang yang baru mulakan simpanan pada Tabung Haji, anda seharusnya diingatkan beberapa perkara penting sebelum anda melakukan selanjutnya. Untuk makluman anda, penggunaan buku untuk transaksi di kaunter telah dimansuhkan oleh Tabung Haji (TH).

Bagaimanapun anda tidak perlu risau, ini beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk mendaftar atau melakukan sebarang transaksi di Tabung haji tanpa menggunakan buku.

1. Tarikh telah dikuatkuasa pada 23 Jun 2019.



2. Kenapa penggunaan buku telah dihentikan dan bagaimana pula tentang urusan penyimpan dan pengeluaran?

Inisiatif ini untuk dilaksanakan bagi memudahkan  pendeposit untuk melaksankan transaksi TH dengan hanya mengemukakan kad pengenalan sahaja. Jadi, pendeposit(pemilik) tidak perlu risau akan penjagaan, kehilangan, kerosakan dan terlupa membawa buku akaun bagi urusan di kaunter.

Bagi prosedur untuk penyimpanan dan pengeluaran tidak perlu mengemukakan buku simpanan TH. Hanya perlu mengemukakan Kad Pengenalan semasa melakukan transaksi.

3. Bagaimana pula urusan bagi kanak-kanak di bawah penjagaan tanpa buku akaun simpanan?

Penjaga hanya perlu mengemukakan kad pengenalan penjaga sahaja semasa melakukan transaksi tanpa pelru mengemukakan Buku Akaun Simpanan.

4. Apa yang perlu dilakukan dengan buku akaun sedia ada dan macam mana nak tahu baki akaun transaksi terdahulu?

Pendeposit boleh menyimpan buku akaun tersebut tetapi buku berkenaan tidak perlu di bawa untuk melaksanakan sebarang transaksi.

Anda tidak perlu risau, bagi pendeposit andaboleh mengetahui baki semasa atau transaksi terdahulu di kaunter TH melalui:

Pilihan 1 : Penyata Mini yang memaparkan 5 traksaksi terakhir
Pilihan 2 : Penyata Akaun yang memaparkan maklumat transaksi secara terperinci.



5. Apa perbezaan antara Penyata Akaun dan Penyata Mini?



6. Bagi pendeposit yang dah linkkan pada Kad ATM dan tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan bank berkenaan, macam mana pula?

Jika pendeposit telah linkkan pada ATM Bank Islam, Bank Rakyat, iRakyat dan CIMB prosesnya hanyalah tidak perlu memasukkan nombor siri Buku Akaun Simpanan dan hanya perlu memasukkan no akaun TH sahaja.

Bagi yang mengunakan ATM Maybank, caranya terdapat paparan pada skrin link ad untuk memasukkan nombor siri Buku Akaun Simpanan, pendeposit perlu memasukkan “000000000” pada medan nombor siri buku tersebut. Pendeposit juga perlu memasukkan nombor Akaun TH.

Bagi pendeposit tidak mempunyai akaun bank yang mempunyai kerjasama dengan TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB, anda perlu tahu ini:

i) Pedeposit boleh memohon:

a) Penyata Mini di:

Mana-mana cawangan TH
Cawangan Bank Islam.
Cawangan Bank Rakyat (pelaksanaan pada bulan Ogos 2019)

b) Penyata Akaun di mana-mana cawangan TH.

ii) Bagi pendeposit yang telah link kad ATM (Bank Islam, Bank Rakyat,
Maybank dan CIMB), baki akaun TH boleh disemak melalui:

ATM/CDM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank atau CIMB.
Perbankan Internet Bank Islam, Bank Rakyat atau
Maybank.
7. Sekiranya ibu-bapa saya yang kurang upaya hendak mengetahui baki akaun, adakah boleh mengetahui baki akaun melalui telefon di THCC atau bagaimana?

Pihak ketiga boleh mendapatkan Penyata Akaun bagi pihak pendeposit dengan mengisi JP012 Borang Permohonan Salinan Penyata Akaun Simpanan dan permohonan ini boleh dibuat di mana-mana kaunter TH sahaja. Namun, baki akaun tidak boleh diperolehi melalui THCC.

8. Adakah pihak ketiga diberi kebenaran untuk mendapatkan penyata mini bagi pendeposit sekiranya telah melampirkan surat kebenaran?

Jika anda telah melampirkan dengan surat kebenaran anda boleh mendapatkan Penyata Mini bagi pihak pendeposit yang dilakukan di kaunter TH sahaja.

Sumber: Lembaga Tabung Haji 

No comments:

Post a Comment

Surau Dibawah Jajahan Takluk Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah



Belajar Buat Duit e-Bay