MUFTI AL-SHAFI^IYYAH BI-MAKKATAL-MUKARRAMAH AL-^ALIMUL-^ALLAMAH
AL-SHAYKH AL-SAYYID AHMAD ZAYNI DAHLAN (w. 1304 H). Beliau amat dibenci oleh
puak al-Wahhabiyyah kerana penentangan beliau ke atas mereka sehingga beliau
dituduh sebagai berfahaman Shi^ah Rafidiyyah. Tulisan beliau yang mendedahkan kesesatan
al-Wahhabiyyah ialah Fitnatul-Wahhabiyyah (yang terkandung dalam kitabnya
al-Futuhatul-Islamiyyah) dan al-Durarus-Sunniyyah fi al-Radd ^alal-Wahhabiyyah.
AL-SAYYID AL-SHARIF MUHAMMAD ABUL-HUDA IBN HASAN WADI IBN ^ALI IBN HAZAM
AL-SAYYADI AL-RIFA^I AL-HUSAYNI (w. 1328 H) NAQIB AL-ASADATIL-ASHRAF DI ALEPPO.
Beliau meninggalkan banyak penulisan yang sebahagiannya telah dicetak dan
sebahagiannya lagi masih dalam bentuk manuskrip. Antara penulisan beliau ialah
Qaladatul-Jawahir yang menyanggah Ibn Taymiyah al-Harrani.
AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SHAYKH MUHAMMAD ZAHID AL-KAWTHARI AL-HANAFI (w.
1371 H). Penentangan beliau ke atas fahaman sesat al-Wahhabiyyah dan rujukan
utama mereka Ibn Taymiyah al-Harrani dapat dilihat dalam banyak tulisan beliau,
antaranya kitab Muhiqqul-Taqawwul Fi Mas'alatit-Tawassul, Tahdhirul-Khalaf Min Makhazi
Ad^iya'is-Salaf, Maqalatul-Kawthari, al-Ta^aqqubul-Hathith Li-Ma Yanfihi Ibn
Taymiyah Minal-Hadith, al-Buhuth al-Wafiyyah Fi Mufradat Ibn Taymiyah &
al-Ishqaq ^Ala Ahkamit-Talaq.
AL-HAFIZ AL-MUHADDITH AL-MUJTAHID ABUL-FIDA' AL-SHAYKH AL-SAYYID AHMAD
IBN MUHAMMAD AL-SIDDIQ AL-GHUMARI (w. 1380 H). Beliau menyanggah kebatilan dan
penyelewengan puak al-Wahhabiyyah dan Ibn Taymiyah dalam beberapa tulisannya,
antaranya kitab Qat^ul-^Uruqil-Wurdiyyah, Hidayatus-Sughara, al-Qawlul-Jali dan
Ihya'il-Maqbur. Beliau menggelarkan puak al-Wahhabiyyah sebagai puak
al-Qarniyyah (Sang Tanduk Syaitan).
AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SHAYKH YUSUF IBN AHMAD AL-DIJWI AL-MISRI AL-AZHAR
(w. 1365 H). Beliau menulis satu risalah yang menyanggah pembahagian tauhid
uluhiyyah dan tauhid rububiyyah yang didakyahkan oleh puak al-Wahhabiyyah.
Antara tulisan beliau yang menyanggah al-Wahhabiyyah ialah al-Maqalat.
^ALIM MAKKAH AL-^ALLAMAH AL-MUHADDITH AL-SHAYKH MUHAMMAD AL-^ARABI
AL-TABBAN AL-MALIKI (w. 1390 h). Beliau menulis sebuah kitab yang berjudul
Bara'atul-Ash^ariyyin Min ^Aqa'idil-Mukhalifin yang menyanggah Ibn Taymiyah
al-Harrani imam puak al-Wahhabiyyah seperti beliau menegaskan kesepakatan atau
ijmak ke atas aqidah bahawa Allah wujud tanpa tempat.
AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SHAYKH MUHAMMAD HASANAYN MAKHLUF AL-^ADAWI
AL-MISRI WAKIL AL-JAMI^UL-AZHAR AL-SHARIF. Beliau adalah ayah kepada al-Shaykh
Hasanayn Mufti Mesir. Al-Shaykh Muhammad Hasanayn menyanggah puak
al-Wahhabiyyah dalam tulisan beliau yang berjudul Risalah fi Hukmit-Tawassul
bil-Anbiya' wal-Awliya'.
AL-HAFIZ AL-MUHADDITH AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-FAQIH AL-LUGHAWI AL-ZAHID
AL-WALI AL-SHAYKH ^ABDULLAH IBN MUHAMMAD AL-HARARI AL-^ABDARI AL-SHAYBI AL-HABASHI
(w. 1429 H). Beliau amat digeruni oleh puak al-Wahhabiyyah dan golongan sesat
yang lain kerana kelantangannya menentang dan menyanggah penyelewengan,
penipuan dan kesesatan mereka dengan tulisan dan lisan. Beliau adalah orang
pertama yang menyanggah kepalsuan dan penyelewengan tokoh al-Wahhabiyyah
al-Mutamahdith Muhammad Nasirud-Din al-Albani melalui dua kitabnya; kitab
Ta^aqqubul-Hathith dan kitab Nusrah Ta^aqqubil-Hathith. Bahkan, beliau banyak
mentahzir kesesatan terutamanya kesesatan golongan Wahhabi dalam banyak tulisan
dan ucapan beliau.
AL-MUSNID ABUL-ASHBAL AL-HABIB SALIM IBN HUSAYN IBN JINDAN AL-INDUNISI
(w. 1389 H). Beliau menyanggah Ibn Taymiyah al-Harrani dalam kitabnya al-Khulasatul-Kafiyah
fil-Asanidil-^Aliyah.
AL-MUFTI AL-^ALLAMAH SAMAHATUSH-SHAYKH ABDULLAH IBN IBRAHIM. Beliau
berpesan agar menjauhi fahaman al-Wahhabiyyah dan tokoh-tokoh yang menjadi
rujukan mereka seperti Ibn Taymiyah dan Ibnul-Qayyim al-Jawziyyah.
SHAYKHUL-HADITH MUSNIDUD-DUNYA MUHAMMAD YASIN IBN ^ISA AL-MAKKI (w. 1410
H).
AL-MUFTI AL-FAQIH AL-HABIB ^ALAWI IBN TAHIR AL-HADDAD AL-HADRAMI. Beliau
telah pun mengeluarkan fatwa kesesatan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab fatwa
beliau Fatwa Mufti Kerajaan Johor Darul Takzim.
SHAYKHUL-ISLAM FI SALANUR (SELANGOR) AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SHAYKH
TENGKU MAHMUD ZUHDI IBN TENGKU ^ABDUR-RAHMAN AL-FATANI. Beliau mengatakan
bahawa Ibnul-Qayyim dan Ibn Taymiyah sesat seperti puak al-Wahhabiyyah kerana akidah
mereka menyalahi akidah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah sebagaimana beliau sebut dalam
kitab beliau Tazkiyatul-Anzar wa-Tasfiyatul-Afkar.
AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SAYYID MUHAMMAD FADLULLAH IBN MUHAMMAD IBN
^ABDULLAH AL-SUHAYMI. Beliau adalah pengasas Kuliyyah al-Attas di Johor Bahru
dan Kuliyyah al-Firdaws di Singapura serta pernah menjadi mudir di Kuliyyah
al-Lughah wad-Din di Pekan, Pahang. Al-Shaykh al-Sayyid Muhammad Fadlullah juga
pernah berdebat tokoh al-Wahhabiyyah atau Kaum Muda Hassan Bandung.
AL-^ALLAMAH AL-SHAYKH ^ABDUL-QADIR IBN ^ABDUL-MUTTALIB AL-MANDILI
AL-INDUNISI. Beliau mengarang kitab bagi menyanggah kesesatan al-Wahhabiyyah
atau Kaum Muda dan membela Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah iaitu kitab al-Madhhab atau
Tiada Haram Bermazhab dan kitab Sinaran Matahari.
AL-QADI ABU BAKR IBN HASAN AL-MUWARI. Beliau pernah menjawat sebagai
kadi di Muar dan seorang yang sangat kuat mempertahankan pegangan umat Islam
pada zamannya dari dakyah tokoh al-Wahhabiyyah atau Kaum Muda seperti Hasan
Bandung dan Muhammad Tahir Jalalud-Din al-Minankabawi sehingga beliau menulis
beberapa buah risalah atau kitab seperti Taman Persuraian Membatalkan Perkataan
al-Shaykh Muhammad Tahir Jalalud-Din al-Mankabawi dan Taufan Yang Memalui Atas
Huraian Haji Tahir al-Mankabawi.
AL-SHAYKH AL-KIYAHI MUHAMMAD SHAFI^I HAZAMI IBN MUHAMMAD SALIH RA'IDI
AL-INDUNISI KETUA UMUM MAJLIS ULAMA INDONESIA DI JAKARTA PADA TAHUN 1990 - 2000
R. Beliau menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau yang berjudul
Tawdihul-Adillah.
AL-SHAYKH AL-KIYAHI ^ALI MA^SUM AL-JUKJAWI. Beliau menyanggah Ibn
Taymiyah al-Harrani melalui kitab beliau yang berjudul Hujjah Ahlis-Sunnah
wal-Jama^ah.
AL-HABIB SHAYKH IBN AHMAD AL-MUSAWA AL-SAQQAF, PENASIHAT UMUM PERGURUAN
TINGGI DAN PERGURUAN ISLAM AL-ZIYADAH, JAKARTA.
SHAYKHUNA AL-^ALIMUL-^ALLAMAH TUAN GURU HJ. ^ABDULLAH IBN TUAN GURU HJ.
^ABDUR-RAHMAN LUBUK TAPAH AL-KALANTANI. Beliau antara tuan-tuan guru pondok di
Nusantara yang amat menentang al-Wahhabiyyah. Beliau telah mengijazahkan sanad
himpunan hadis dalam kitab Subulus-Sa^adah (yang disusun oleh muridnya al-Akh
Muhammad Zaydi al-Shah^alami al-Salanuri) kepada Abu Nur al-Dununiyy tanpa
talaqqi sama^i..