بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Jerebu yang merentasi sempadan negara kini boleh dikatakan masalah berulang di rantau Asia Tenggara akibat pembakaran terbuka atas alasan membersihkan kawasan hutan untuk tujuan pertanian. Jerebu boleh dianggap sebagai ancaman kesihatan kepada manusia.
Sehingga kini banyak kawasan yang teruk terjejas akibat jerebu sehingga mencapai paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Situasi ini boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia dan menjejaskan jarak pandangan yang turut berbahaya kepada system pengangkutan dan ekonomi. Semakin hari semakin terasa akan akibatnya.
.
Kita sebagai orang Islam, sudah pastinya bergantung harap kepada Allah سبحانه وتعالى untuk memulihkan keadaan ini secepat mungkin dengan kuasa doa seperti ‘Doa Ketika Menghadapi Cuaca Buruk (Jerebu)’.
Doa bagi menghilangkan jerebu ini disandarkan kepada kisah azab berupa asap (kabut / debu / jerebu) dalam Surah Ad-Dukhan dan doa mohon hujan dan angin kencang, kerana dengan hujan sahajalah yang mampu menghilangkan ancaman jerebu ini.
.
.
Doa Ketika Menghadapi Cuaca Buruk (Jerebu)
Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى dengan doa (penawar) ini dan ada baiknya jika ia disertai dengan doa memohon diturunkan hujan. Kita juga perlu muhasabah diri atas ketelanjuran sendiri dan mohonlah keampunan dari Allah سبحانه وتعالى dengan seikhlas hati.
.
Doa mohon diturunkan hujan (klik di sini)
.
Bagi menjaga kesihatan, sentiasalah memakai ‘temudung’ (penutup mulut dan hidung) dan kerapkanlah mengambil / mengekalkan wudhuk demi meraih redhaNya. Semoga musibah jerebu yang berlaku dan melanda tanahair kita ini segera berakhir. Insya’Allah.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَمِنْ ءَايَـٰتِهِۦٓ أَنَّكَ تَرَى ٱلْأَرْضَ خَـٰشِعَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا ٱلْمَآءَ ٱهْتَزَّتْ وَرَبَتْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِىٓ أَحْيَاهَا لَمُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰٓ ۚ إِنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ ﴿٣٩
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila Kami turunkan air di atasnya, nescaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah Fushshilat 41: Ayat 39]
.
والله أعلم بالصواب
.
.
No comments:
Post a Comment