MENJELANG HARI WUQUF 2021/1442H

JADUAL PENERBANGAN HAJI PERGI BALIK





INFORMASI HAJI 1442H/2021M

TARIKH-TARIKH PENTING


FASA PERKARA TARIKH HIJRI
TARIKH MILADI
HARI
FASA 1
Penerbangan pergi pertama 1 Zulkaedah 1442H 12 Jun 2021 jumaat
FASA Penerbangan pergi terakhir 4 Zulhijjah 1442H 14 Julai 2021 RABU
WUKUF Tarikh Wukuf 9 Zulhijjah 1442H 19 Julai 2021 ISNIN
FASA 2
Penerbangan balik pertama 18 Zulhijjah 1442H 28 Julai 2021 RABU
FASA Penerbangan balik terakhir 15 Muharram 1443H 23 Ogos 2021 ISNIN

Program Terkini



Islamiphobia - Remaja merekacip Jam Disangka Bom Jangka




KUALA LUMPUR: Seorang remaja Islam, Ahmed Mohamed ditahan di Amerika Syarikat selepas seorang guru melihat jam rekaannya sebagai satu ancaman bom di sekolah MacArthur High School di Irving, Texas.

Difahamkan, Ahmed, seorang pelajar yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan, membawa jam berkenaan ke sekolah pada Selasa untuk menunjukkan hasil rekaannya kepada guru kelas.

Tetapi, situasi menjadi buruk apabila guru berkenaan menghubungi pihak polis selepas mengesyaki jam itu mempunyai bahan yang berbahaya. 

Walaupun Ahmed memberi penjelasan bahawa ia bukan sebarang bahan senjata, namun guru berkenaan tidak mempercayai penjelasan pelajar berusia 14 tahun itu.

Susulan kejadian itu, media sosial kini dibanjiri dengan sokongan menerusi hashtag #StandwithAhmed.

#StandwithAhmed kini merupakan antara isu paling trending di media sosial, dan insiden itu telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

Kebanyakan netizen mengkritik tindakan pihak sekolah berkenaan serta menyelar insiden itu sebagai satu tindakan rasis dan mempromosi ‘Islamophobia’.

Mereka berpendapat insiden seperti itu sungguh memalukan, malah perbuatan rasis tidak sepatutnya berlaku di bangku sekolah, 

Insiden itu juga menarik perhatian beberapa golongan terkenal seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dengan sekaligus membuka pintu kepada pelbagai peluang seperti biasiswa pendidikan, peluang internship di beberapa syarikat teknologi terkenal. 


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1024x512.


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Ahmed untuk membawa jam rekaannya ke White House sebagai tanda inspirasi kepada pelajar lain untuk meminati bidang sains.



Mark Zuckerberg pula memuji kebijaksanaan Ahmed yang mampu mencipta jam pada usia muda serta menyatakan hasrat beliau untuk bertemu dengannya. 

Syarikat teknologi Google juga tidak melepaskan peluang untuk menjemput Ahmed mengambil bahagian dalam pameran Sains yang akan berlangsung hujung minggu ini sebagai satu tanda sokongan kepada pelajar itu.

Syarikat jaringan sosial, Twitter pula menawarkan peluang latihan (internship) di agensi gergasi itu kepada Ahmed. 

Laporan Mashable dipetik berkata, polis Jabatan Irving menutup kes itu pada Rabu selepas mengesahkan jam ciptaan Ahmed adalah selamat untuk digunanakan.

Akaun Twitter Ahmed yang mempunyai lebih dari 59 ribu pengikut menerima tanda 'verified' sejurus selepas ia dibuka semalam. 







"Video inilah yang menyebabkan saya selalu ada duit extra tiap2 bulan, kalau kawan2 nak duit extra tiap2 bulan, kadang2 dapat sampai 3 kali sebulan, tengok dulu video ini

 kemudian daftar percuma dulu di www.hasil100fb.com/198440"

Surau Dibawah Jajahan Takluk Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah



Belajar Buat Duit e-Bay