MENJELANG HARI WUQUF 2021/1442H

JADUAL PENERBANGAN HAJI PERGI BALIK





INFORMASI HAJI 1442H/2021M

TARIKH-TARIKH PENTING


FASA PERKARA TARIKH HIJRI
TARIKH MILADI
HARI
FASA 1
Penerbangan pergi pertama 1 Zulkaedah 1442H 12 Jun 2021 jumaat
FASA Penerbangan pergi terakhir 4 Zulhijjah 1442H 14 Julai 2021 RABU
WUKUF Tarikh Wukuf 9 Zulhijjah 1442H 19 Julai 2021 ISNIN
FASA 2
Penerbangan balik pertama 18 Zulhijjah 1442H 28 Julai 2021 RABU
FASA Penerbangan balik terakhir 15 Muharram 1443H 23 Ogos 2021 ISNIN

Program Terkini



Salam dengan pengantin positif Covid-19, ahli tabligh... 5 jurunikah Jais dikuarantin, tiada akad nikah di Selangor

Salam dengan pengantin positif Covid-19, ahli tabligh... 5 jurunikah Jais dikuarantin, tiada akad nikah di Selangor

Jais turut menangguhkan semua upacara akad nikah di Selangor. -Gambar hiasan

LIMA Penolong Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dikuarantin selepas mereka mempunyai kontak dengan individu yang dijangkiti Covid-19.

Kesemua mereka, yang turut dikenali sebagai jurunikah, berumur antara 37 hingga 55 tahun telah menjalani ujian Covid-19 dan sedang menunggu keputusannya.

Menurut Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad, lima jurunikah itu telah berhubung dengan individu-individu yang telah diuji positif Covid-19 pada acara atau lokasi yang berlainan.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua majlis akad nikah di Selangor ditangguhkan selepas jurunikah dikuarantin - Jais

Pegawai Jais yang pertama, berusia 37 tahun, telah menjalankan proses akad nikah seorang pengantin lelaki yang positif Covid-19 pada 6 Mac.

Pengantin perempuan serta beberapa saudara mara juga kemudiannya diuji positif Covid-19. Mereka disyaki telah berjangkit daripada salah seorang ahli keluarga pengantin lelaki.

Lelaki itu dikatakan telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dari 27 Februari hingga 1 Mac.

Jurunikah kedua yang berusia 43 tahun mempunyai kontak rapat dengan pengerusi dan timbalan pengerusi sebuah masjid yang kedua-duanya diuji positif Covid-19.

Jurunikah ketiga pula adalah penolong pendaftar perkahwinan berusia 55 tahun yang telah bersalaman dengan dua individu kumpulan tabligh yang telah diuji positif Covid-19.

Jurunikah seterusnya berusia 49 tahun, mempunyai hubungan rapat dengan bapa pengantin lelaki yang diuji positif Covid-19.

Yang terakhir adalah seorang lelaki berusia 45 tahun yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dari 27 Februari hingga 1 Mac.

"Mereka semua dikuarantin di rumah," kata Shahzihan ketika dihubungi.

Beliau juga menambah bahawa semua upacara akad nikah telah dihentikan sementara oleh Jais. -The Star

12 KELEBIHAN SEDEKAH YANG KITA TIDAK KETAHUI


Sedekah merupakan pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. Sedekah sememangnya tidak dapat dipaksa melainkankan lahir dari hati untuk memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu.

Erti sedekah dalam Islam itu sangat luas sekali. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu.”

Hadis Riwayat Bukhari

Sebenarnya, banyak balasan yang Allah berikan bagi golongan yang gemar bersedekah. Antaranya;

#1 – Menghapuskan Dosa

Dengan bersedekah juga dapat menghapuskan segala dosa dan kesalahan terdahulu. Namun, terlebih dahulu mestilkah segala dosa itu dikesali dan dinsafi dengan taubat nasuha untuk tidak mengulanginya lagi.

Baginda s.a.w bersabda yang bermasud:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”

Hadis Riwayat at-Tirmidzi

#2 – Memisahkan Diri Dari Neraka

Nabi s.a.w bersabda:

“Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka.”

Selain itu, walau bersedekah apapun dengan bilangan yang sedikit sekalipun dapat mengelakkan diri dari api neraka. Sabda Baginda lagi;

“Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma.”

#3 – Dilipat Gandakan Pahala

Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah s.w.t selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Allah berfirman yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”

Surah al-Baqarah:261

#4 – Melalui Jambatan Siratal Mustaqim Dengan Cepat

Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan berdekah akan menjadi pembantu dan penolong kita di hari akhir nanti.

#5 – Memadamkan Kepanasan Alam Kubur

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”

Hadis Riwayat at-Thabrani

#6 – Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat

Golongan yang gemar bersedekah merupakan golongan yang akan menadapat naungan Allah pada hari Akhirat kelak.

Namun, ianya haruslah mereka yang ikhlas iaitu yang tidak menghebahkan pemberiannya itu untuk tujuan menunjuk ataupun riak.

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

Hadis Riwayat Bukhari

#7 – Dimasukkan Ke Syurga Tanpa Hisab Dan Siksa

Allah akan membukakan pintu syurga bagi golongan yang gemar bersedekah kerana-Nya. Asalkan niat sedekah adalah ikhlas dan tidak bertujuan buruk atau menunjuk-nunjuk.

#8 – Menambah Rezeki dan Kekayaan

Jangan sesekali bimbang akan berkurangnya rezeki kerana memberi sedekah kepada orang lain. Sesungguhnya dengan bersedekah akan meluaskan dan membukakan pintu rezeki kepada kita. Sabda Baginda;

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

#9 – Amalan Yang Tidak Putus Sampai Mati

Sedekah juga merupakan amalan yang pahalanya berpanjangan sehingga meninggal dunia. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”

#10 – Memanjangkan Umur

Seungguh indah dan ajaib amalan bersedekah ini sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa dengan bersedekah dapat memanjangkan umur pemberi sedekah itu.

“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”

Hadis Riwayat Thabrani

#11 – Mengubati Penyakit

Dengan bersedekah seikhlas hati dapat menyembuhkan penyakit-penyakit orang yang bersedekah itu, kerana sedekah itu dapat membersihkan hati dan fikiran. Namun semua itu adalah dengan izin Allah s.w.t. Baginda bersabda;

“Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah.”

#12 – Menghindarkan Dari Segala Bala Dan Bahaya

Sedekah juga sebagai penolak bala, musibah serta kejahatan terhadap pemberi sedekah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.”

Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah.

Oleh itu, janganlah berkira-berkira untuk memberi sedikit rezeki kita kepada golongan memerlukan.

Hulurkanlah sedikit bantuan dengan kudrat yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah bahkan menjauhkan punca rezeki.

Jom sama-sama turut serta dengan SEDEKAH sekarang untuk pembangunan ekonomi dan setempat umat Islam. Klik gambar di bawah.

Semoga kita adalah sebahagian hambaNya yang gemar memberi. Amin.

Doa dan Tahlil

AMALAN TAHLIL - SANDARAN & HUJJAH

1. Majlis Tahlilan adalah suatu majlis yang dilakukan oleh keluarga si mati untuk bersedekah makanan bagi pihak si mati kepada kaum muslimin yang mana pada masa yang sama hadirin membacakan al-Quran, zikir dan selawat lalu diakhiri dengan doa agar pahala amalan tersebut sampai kepada si mati.

2. Menurut jumhur ulama, amalan sedemikian dibolehkan dan digalakkan seperti mana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi, Imam Rafie, Imam Suyuthi, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dan lain-lain.

3. Masyarakat melayu kita seringkali dilihat mengadakan majlis tahlilan dalam tempoh yang tertentu seperti 3 hari, 7 hari dan 40 hari.

4. Persoalannya daripada manakah datangnya kebiasaan ini?

5. Sudah tentu tidak ada seorang pun yang menganggap hukumnya wajib melainkan bagi mereka yang jahil. Usaha ini adalah ikhtiar keluarga bagi pihak si mati sahaja seperti mana hadis Nabi shalallahu alaihi wasallam:

ما على أحدكم إذا أراد أن يتصدق بصدقة تطوعا أن يجعلها لوالديه فيكون لوالديه أجرها وله مثل أجورهما من غير ينقص من أجورهما شيء

“Apa yang ada pada kalian, apabila disedekahkan dengan sedekah yang sunat, yang mana pahalanya dihadiahkan untuk kedua ibu bapanya, maka bagi kedua ibu bapanya pahala tersebut dan baginya juga mendapat pahala sama seperti yang diterima oleh kedua ibu bapanya tanpa berkurang sedikit pun.” 
(HR Ath-Thabarani dan Ibnu Hibban)

6. Berdasarkan pengajian dan penelitian saya, kebiasaan ini datang daripada beberapa hadis dan athar yang mana menjadi sandaran kepada amalan tersebut.

7. Sandaran bagi 3 hari:

حين طعن عمر أمر صهيبا أن يصلي بالناس ثلاثا وأمر بأن يجعل للناس طعاما

“Apabila Sayyidina Umar ditikam, beliau menyuruh Sayyidina Shuhaib untuk mengerjakan solat sunat bersama orang ramai selama 3 hari dan beliau memerintahkan agar disediakan makanan kepada orang ramai” 
(Diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Fil Hadis Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Al-Matalib Al-Aliyyah)

8. Sandaran bagi 7 hari dan 40 hari:

رجلان مؤمن و منافق فأما المؤمن فيفتن سبعا وأما المنافق فيفتن أربعين صباحا

“Orang mukmin dan munafiq kedua-duanya diuji di dalam kubur. Bagi orang mukmin akan diuji selama 7 hari. Manakala bagi munafiq pula diuji selama 40 hari.”
(HR Ahmad)

Oleh yang demikian, kata Imam Suyuthi:

ان سنة الإطعام سبعة أيام بلغني أنها مستمرة إلى الآن بمكة والمدينة

“Sesungguhnya sunat bersedekah memberi makanan selama 7 hari telah sampai kepada ku, ia berterusan hingga sekarang di Mekah dan Madinah.” 
(Al-Hawi lil Fatawi, hal. 194)

Imam Ibnu Hajar Al-Haitami juga menyatakan hal yang sama di dalam kitab beliau Al-Fatawa Al-Fiqhiah Al-Kubra.

9. Hal ini dapat dikukuhkan dengan kenyataan Imam Ibnu Asakir yang menaqalkan kata-kata Imam Nasrullah ibn Muhammad A-Qawiy Al-Masyisyi:

توفي الفقيه نصر بن إبراهيم في يوم الثلاثاء التاسع من المحرم سنة تسعين وأربع مائة بدمشق وأقمنا على قبره سبع ليال نقرأ كل ليلة عشرين ختمة

“Telah meninggal Imam Al-Faqih Nasr ibnu Ibrahim pada hari Selasa 9 Muharam tahun 490H di Damsyiq. Kami telah melaksanakan di kuburnya selama 7 malam, membacakan al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam.”
(Tabyin Kazb Al-Muftari, hal.287)

10. Oleh yang demikian, tidak hairanlah para ulama kita tidak melarang mempraktikkan amalan yang mulia ini. Bahkan kata al-Muhadith Maulana Abdul Haq bin Saifuddin Al-Dehlawi:

والمستحب ان يتصدق عن الميت بعد ذهابه من الدنيا الى سبعة أيام والتصدق الى سبعة أيام ينتفع بلا خلاف بين أهل العلم

“Dan digalakkan untuk bersedekah bagi pihak si mati selepas kematiannya selama 7 hari. Dan sedekah selama 7 hari itu memberi manfaat kepada si mati tanpa khilaf dalam kalangan ulama” 
(Asy’ah Al-Lima’at, juz.1, hal.634)

(Dinuqil daripada buku Majlis Tahlilan Polemik Sepanjang Zaman pada hal.196-202)

Disediakan oleh: Ustaz Hafiz Al-Za’farani (HAZA)

Ucapan SU Masjid 2016-2018

Assalamualaikum semua,
Detik 1201 tengah mlm tadi bermula lah 1 Jan 2019 menandakan tamatnya perkhidmatan kami Peg. dan AJK kariah MSHAS bagi lantikan 2016-2018. Untuk itu, saya bagi pihak semua, ingin:

(1) 📌 Mengucapkan jazakallahu khairan kathira di atas kepercayaan yg diberikan kepada kami untuk memikul amanah ini.

(2) 📌 Merakamkan ucapan ribuan terima kasih kpd semua shbt Peg/Ajk Masjid sesi lepas di atas kerjasama yang telah diberikan sehingga semua kerja n usha dpt dilaksanakan dengan cemerlang.

(3) 📌 Memohon kemaafan kepada semua sahabat dan ahli qaryah sekiranya ada terkasar bahasa dan sebagainya semasa kami menjalankan tugas kami semata-mata untuk pengimarahan masjid kita.

(4) 📌 Mengucapkan selamat maju jaya pada semua saff Peg./AJK MSHAS sesi 2019-2021 yang baru disahkan oleh MAIS (termasuk beberapa lantikan semula).

(5) 📌 Mendoakan agar saff mantap Peg/Ajk sesi baru ini, terus memacu MSHAS ke arah yang lebih cemerlang sepanjang sesi baru  ini utk mencapai matlamat terakhir iaitu Mardotillah.

(6) 📌 Memohon agar sokongan dari surau-surau & ahli qaryah akan bertambah padu dari segi kerjasama demi matlamat kita bersama, iaitu Mardotillah.

(7) 📌 Jazakallah kpd PTA n semua saff pimpinan Unit Masjid PAID daerah Hulu Langat yg telah memberi tunjuk ajar dan panduan kpd kami selama ini.

In shaa Allah saya dan Peg/Ajk yang baru di tauliah ini akan terus aktif bagi menjayakan setiap program dan aktiviti bagi merealisasikan objektif masjid kita dengan sedaya upaya kami, kerana inilah saham kita untuk hari pembalasan. Sama-sama kita doakan agar semua sahabat2 serta jemaah MSHAS sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT, In syaa Allah.
Sekian. Wassalam.

Hj. Md. Yusof bin Hj. Hassan
SU Masjid,  MSHAS 2016-2018.

Surau Dibawah Jajahan Takluk Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah



Belajar Buat Duit e-Bay